WEB MATBLOG Home | Profile | Archives | Friends

Anemia - kekurang darah10/2/2006

Orang yang sihat, seri kulitnya kelihatan kemerah-merahan. Keadaan ini menjadikan tubuh badan kelihatan berseri-seri dan ceria. Warna kemerah-merahan ini adalah menifestasi dari darah yang mengalir dalam jaringan saluran darah yang berselirat di bawah kulit. Warna merah pada darah adalah warna dari komponennya yang dipanggil hemoglobin. Darah yang mengandungi hemoglobin dipanggil sel darah merah.

 

Fungsi hemoglobin adalah untuk memegang gas oksigen yang dibekalkan oleh paru-paru untuk dibawa keseluruh badan.  Hemoglobin akan menjadi berwarna merah apabila ia bersatu dengan gas oksigen. 

 

Kadang kala kita dapat lihat seseorang itu kulitnya kelihatan pucat lesi. Warna pucat kulitnya adalah disebabkan oleh kepekatan hemoglobin yang berada di bawah normal. Keadaan dimana bilangan hemoglobin berada di bawah paras normal di panggil anemia. Kekurangan kepakatan hemoglobin kerap berlaku bersama-sama dengan kekurangan bilangan sel darah merah.

 

Oleh sebab itu,  bila berlaku kekurangan hemoglobin atau kekurangan sel darah merah maka jumlah gas oksigen yang dapat di bawa oleh sel darah merah juga berkurangan, akibatnya darah tidak berwarna sebegitu merah lagi dan menjadikan kulit pesakit kelihatan pucat.

 

Tanda-tanda dan gejala anemia

Seseoranga pesakit yang mengalami anemia kelihatan pucat dan tanda pucat dapat di kesan dengan jelas pada bahagian mata putih, lidah, kuku, tapak tangan dan bibir.

 

Punca-punca anemia

Pada umumnya anemia boleh berlaku disebabkan oleh salah satu dari punca berikut iaitu; gangguan pembentukan sel darah merah normal atau pemusnahan sel darah merah berlebihan  atau pendarahan yang berlebihan.

 

i           Gangguan pembentukan sel darah merah normal

Pembentukan sel darah merah normal memerlukan bahan penting iaitu zat besi.

 

Zat besi adalah komponen utama hemoglobin. Kekurangan zat besi menyebabkan gangguan pembentukan hemoglobin dan kandungan hemoglobin dalam sel darah merah berkurangan. Saiz sel darah merah menjadi kecil dan warnanya menjadi kurang merah. Anemia jenis ini kerap berlaku dikalangan kanak-kanak miskin kerana kekurangan makan organ dalam haiwan ternakan seperti hati, dan  limpa juga kekurangan makan sayur-sayur hijau.

 

ii          Pemusnahan sel darah merah berlebihan

Dalam keadaan normal, sel darah merah akan musnah bila sudah tua, tetapi sel darah yang musnah ini digantikan dengan sel darah merah yang baru. Dalam keadaan tertentu pemusnahan sel darah merah berlaku lebih cepat berbanding dengan pembentukan sel yang baru.  Jika pemusnahan sel darah merah melebihi kadar pembentukan sel darah merah maka terjadilah anemia. Keadaan ini berlaku biasanya pada penyakit keturunan. Di Malaysia penyakit keturunan yang menyebabkan anemia ialah penyakit yang  dipanggil glukos 6-fosfat dehidrogenase (G6PD).

 

iii         Perdarahan berlebihan

Anemia juga boleh berlaku disebabkan  oleh pendarahan. Diantara pendarahan yang boleh menyebabkan anemia ialah pendarahan selepas bersalin, kecederaan seperti kemalangan, pendarahan dari ulser perut dan buasir. Kehilangan darah sebanyak 500ml tidak akan menimbulkan anemia pada seseorang yang sihat. Oleh itu menderma darah adalah aktiviti yang sihat yang tidak akan memudaratkan seseorang.

 

Asas rawatan

Rawatan anemia pada asasnya bergantung kepada sebab terjadinya anemia.  Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi dirawat dengan pemberian zat besi.  Jika anemia disebabkan oleh kehilangan darah maka rawatannya adalah dengan menggantikan darah yang telah hilang iaitu dengan cara transfusi darah. Walau bagaimanapun anemia yang disebabkan oleh pemusnahan sel darah merah berlebihan sukar untuk dirawat. Apa yang dapat dilakukan ialah hanya dengan rawatan simtomatik untuk mengurangkan penderitaan dan masalah pesakit.

 

Pencegahan

Anemia boleh dicegah dengan memgamalkan pemakanan yang seimbang dengan mengutamakan makan – makan sayur-sayuran hijau dan organ dalam haiwan seperti hati dan limfa.

Share |

(Posted in Unspecified)
Share and enjoy

Entry 1 of 13
Last Page | Next Page
Free Web Site Counter
portfolio