Random Blog
Join JournalHome.com.
Create your own free blog today.
Create Your Blog
Flag this entry/bog.
It will be manually reviewed.
Report This!

WIRAWANDESA

• 2/25/2009 - TENTANG HATI

Posted in Unspecified

Hati adalah unsur terpenting dalam diri manusia. Apa saja tindakan dan gerak badan adalah datang dari dorongan hati. Oleh kerana itulah kita disuruh berniat dalam hati sebab hati sahaja tumpuan fikiran apabila berniat. Kata orang, ‘ikut hati mati, ikut rasa binasa’. Hati ternyata elemen penting dalam sebarang tindakan manusia.

 

Semuanya bermula dari hati. Hati menggerakkan jiwa untuk jasad berfungsi. Hati membawa mannusia melangkah di landasan fikiran yang benar atau salah.

 

Hati adalah organ dalam jasad manusia, berwarna perang kemerah-merahan, terletak di dalam badan di bahagian sebelah kanan. Itulah hati. Dan bila berbicara tentang hati, terlintas perihal hati yang sering menjadi ikutan emosi manusia, antaranya:

 

Sakit hati, isi hati, ada hati, ambil hati, kecil hati, besar hati, luahan hati, rasa hati, satu hati, jantung hati, bulat hati, buah hati, jatuh hati, ikut hati, hati-hati dan banyak lagi.

 

Terlalu banyak perkara yang berkait dengan hati dan semuanya mempunyai maksud tersurat dan tersirat. Ia dikiaskan bagi menyatakan suatu perkara yang lain. Seharusnya kita memahami apa yang tersurat dan apa yang tersirat. Dari hati tampillah rasa yang mendorong tindakan emosi. Gembira, sedih, duka, tenang, resah, gelisah semuanya datang dari hati.

 

Dan apa saja yang ada di hati harus diluahkan sahaja untuk mengubat hati itu sendiri. Semakin perasaan itu disimpan, ia mndorong ke arah penyakit yang lebih serius. Jangan biarkan ia terpendam kerana ia boleh menjadi barah jiwa yang sukar dicari penawarnya.

 

Sesungguhnya bercerita kepada seseorang adalah ubat yang mujarab untuk penyakit hati. Manakala ubat terbaik untuk penyakit hati adalah membaca Al-Quran. Bergurau dan ketawa pula dapat merawat jiwa yang lara.

 

Renungkanlah.

Share |
Comments ( 0 ) :: Post A Comment! :: Permanent Link
Share and enjoy
  • Digg
  • del.icio.us
  • DZone
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb

• 1/11/2009 - SAYA SUDAH KEMBALI

Posted in Unspecified

Assalamu’alaikum!

 

Seperti yang dijangkakan sebelum pergi dahulu, saya akan kembali ke Laman ini selepas lebihkurang 50 hari. Dan sekarang saya telah kembali menulis untuk kepuasan diri saya sendiri. Terasa sepi dan tidak lengkap hidup harian saya jika saya tidak emnulis apa-apa, dan akan saya baca berulang kali untuk memenuhi masa saya. Biar orang lain tidak suka, saya akan duduk di hadapan PC ini dan terus menulis dan membaca.

 

Tanah Suci mengajar saya banyak perkara. Terlalu banyak sehingga saya sukar melupakan setiap satu yang saya lalui dari hari pertama berada di sana hinggalah pada waktu saya menjejakkan kaki di tiub kapalterbang untuk pulang ke tanah air.

 

Walau apa pun pengalaman yang saya dapat, ucapan tahniah dan terima kasih tidak dilupakan kepada Tabung Haji yang telah berjaya menguruskan para jemaah dengan cukup sistematik dan amat tersusun. Bermula dengan menyambut ketibaan, sehinggalah perjalanan menuju ke hotel penginapan yang memakan masa beberapa jam dari Jeddah ke Mekah, semuanya berjalan lancar tanpa apa-apa masalah.

 

Ketibaan kami pada malam tersebut disambut pihak hotel dengan buah-tangan dan cenderamata sebagai pengenalan terhadap khidmat mereka yang terpuji sepanjang lebih sebulan berada di situ.

 

Tabung Haji memiliki segala-galanya. Klinik disediakan untuk para jemaah yang sakit mendapatkan rawatan. Urusan mengeluarkan wang begitu mudah dan tidak timbul sebarang masalah. Perkhidmatan nasihat dan kaunseling juga tidak dilupakan malah ada ketikanya para pegawai mereka melawat dari bilik ke bilik bertanya kabar dan membantu jika ada sebarang kemusykilan. Ceramah dan taklimat sering diadakan untuk mrmpertingatkan ilmu para jemaah tentang berbagai perkara.

 

Sepanjang 36 hari di Mekah dan 9 hari di Madinah, kami lalui hari-hari dengan penuh cabaran dan kesabaran. Hanya satu atau dua insiden yang menimbulkan kekeliruan dan ketegangan, tetapi berjaya diatasi secara bersama. Pihak hotel penginapan juga memberi krjasama yang terpuji kepada jemaah Malaysia. Bayangkan lebih daripada 3500 jemaah dalam sebuah hotel 18 tingkat yang hanya mempunyai 6 lif yang beroperasi secara berkala.

 

Perkhidmatan urusan semasa hendak pulang juga berjalan lancar. Bermula dari urusan menaiki bas dari Madinah ke Jeddah, hinggalah melalui pemeriksaan pihak Imegresen dan Kastam, semuanya tidak mendatangkan masalah malah kerjasama jemaah Malaysia tidak pernah tidak mendapat pujian.

 

Secara keseluruhannya, pihak Tabung Haji patut diberikan pujian dan ucapan tahniah kerana begitu cemerlang mengendalikan semua urusan para jemaah Malaysia. Kita patut rasa bertuah dan bersyukur kerana mempunyai satu agensi yang begitu penting dalam menjaga kepentingan para jemaah Malaysia berbanding dengan para jemaah dari negara lain.

 

Namun begitu ada juga ketikanya berlaku salah faham dan sedikit rungutan dari sebahagian para jemaah, tetapi ia tidak menjejaskan keseluruhan perkhidmatan yang diberikan. Memanglah susah untuk memberi kepuasan seratus peratus kepada semua orang. Ada ketikanya terdapat sebahagian jemaah yang tidak berpuas hati dalam sesuatu perkara tertentu tetapi kecemerlangan secara keseluruhan berjaya memadam semua cacat-cela yang sedikit itu.

 

Tahniah, Tabung Haji Malaysia!

Share |
Comments ( 0 ) :: Post A Comment! :: Permanent Link
Share and enjoy
  • Digg
  • del.icio.us
  • DZone
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb

• 11/9/2008 - APA HIDUP PALING LUNAK

Posted in Unspecified

Bagaimanakah kehidupan yang paling diinginkan semua orang? Apakah bentuk kehidupan yang diimpikan setiap insan di dunia ini? Apa hidup paling lunak? Inilah soalan yang biasa bermain di fikiran saya selama ini. Soalan yang umum ini amat mudah diberi jawapan.

 

Memang banyak kehidupan ayang melunakkan. Memang banyak kehidupan yang diinginkan.  Bergaduh tidak ada orang melawan yakni tidak ada yang berani dengan kita. Ini satu cara hidup yang lunak kerana kita dapat berbuat apa sahaja kepada orang lain. Kita mengumpat, tidak ada yang membalas. Lunak juga hidup begitu sebab kita akan rasa bebas. Berhutang tidak payah bayar. Lagi senang kehidupan begini, lebih melunakkan.

 

Semua orang inginkan kesenangan. Semua orang inginkan kekayaan dan memiliki seberapa banyak harta di dunia ini. Tidak ada orang yang mahu kesusahan dan keperitan dalam kehidupan di zaman serba kompetatif ini. Saban hari orang berebut-rebut untuk mendapatkan semua bentuk kesenangan walau apa cara sekalipun.

 

Cara hidup yang paling digemari manusia ialah berhutang dan tidak payah membayar hutang. Senang sahaja, bila berhutang tidak perlu bayar. Manusia memang suka berhutang sama ada berhutang budi atau harta-benda. Sejarah hutang ini telah bermula sejak zaman dahulu-kala lagi sehingga ada pantun Melayu berbunyi:

 

Pisang emas dibawa belayar

Masak sebiji di atas peti

Hutang emas boleh dibayar

Hutang budi dibawa mati.

 

Ada juga kata-kata pendekar di zaman silam yang berbunyi:

 

Hutang darah dibayar darah,

Hutang nyawa dibayar nyawa.

 

Dari pantun tersebut jelas menceritakan peri pentingnya membayar hutang tak kira sama ada berhutang harta-benda waima berhutang budi sekalipun. Hutang mesti dijelaskan. Wajib dibayar di dunia ini juga kecuali berhutang budi sahaja yang di bawa sehingga kita mati. Malah orang yang membunuh akan menerima balasan setimpal.

 

Sebab itulah sebelum mayat seseorang hendak dibawa ke kuburan bagi dikebumikan, waris akan meminta pemiutang si mati tampil ke hadapan untuk dilangsaikan hutang arwah sekiranya ada. Orang yang hendak berangkat ke Tanah Suci juga begitu. Seboleh-bolehnya semua hutangnya hendak diselesaikan supaya ia dapat pergi dengan tenang seolah-olah akan mati di sana.

 

Begitulah pentingnya membayar hutang!

 

Tetapi bersediakah kita untuk membayar hutang? Banyak hutang kita. Ada orang membeli rumah secara hutang dinamakan Pinjaman Perumahan. Hutang yang ini mudah dibayar sebab dibuat secara potongan gaji. Hutang kenderaan dipanggil Sewa-Beli. Sewa-beli kenderaan juga sejenis hutang. Adakah hutang ini kita selesaikan setiap bulan?

 

Dan yang penting hutang kita dengan Tuhan. Banyak hutang kita denganNya, tidak terkira. Sembahyang lima waktu sehari, puasa di bulan Ramadan, Zakat dan janji kita dengan Allah tentang keimanan kita adalah hutang kita denganNya. Langsaikah hutang kita itu?

 

Bila kita ada hutang, lunakkah hidup kita?

 

 

 

Share |
Comments ( 0 ) :: Post A Comment! :: Permanent Link
Share and enjoy
  • Digg
  • del.icio.us
  • DZone
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb

• 11/8/2008 - APA AKAN TERJADI KEPADA MEREKA?

Posted in Unspecified

Tanggal 11 November 2008 merupakan hari bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008 bagi pelajar-pelajar Tingkatan Lima dan calon-calon persendirian yang berdaftar. Ini bermakna sessi penentuan masa depan para remaja kita datang lagi untuk menguji keberkatan usaha mereka selama 5 tahun di bangku sekolah.

 

Tetapi persoalan yang hendak saya kongsi di sini bukanlah mengenai peperiksaan tersebut kerana kali ini saya tidak terlibat langsung dengannya. Apa yang hendak saya perkatakan adalah mengenai para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tersebut khasnya dan semua pelajar amnya.

 

Sepanjang pengamatan saya di musim peperiksaan, beberapa kejadian yang saya anggap sangat tidak munasabah berlaku  hasil dari sikap para pelajar sendiri. Ada pelajar yang selama beberapa bulan tidak datang ke sekolah, tiba-tiba pada hari peperiksaan mereka muncul.

 

Yang perempuan datang dengan pakaian seragam lengkap tetapi sudah lusuh. Yang lelaki menunggang motosikal serta berambut panjang. Ketika memasuki dewan peperiksaan, barulah tercari-cari tempat duduk.

 

Ada juga pelajar yang pulang ketika waktu rehat dan terus tidak datang kerana tertidur. Tidak ada siapa yang ambil kisah sama ada dia datang atau tidak untuk peperiksaan. Ada juga yang datang lewat melebihi masa yang ditetapkan.

 

Beberapa orng pelajar pula didapati merosakkan kad pengenalan mereka dengan sengaja. Bila ditanya kenapa mereka berbuat demikian, jawapan mereka amat menyedihkan. Sahaja main-main! Langsung tidak ada rasa bersalah.

 

Sepanjang masa peperiksaan, beberapa pelajar tdak menjawab apa-apa soalan, hanya duduk atau tidur sahaja. Bila orang pulang, mereka turut pulang. Memang mereka tidak menjawab kerana tidak pernah datang belajar.

 

Saya amat bersimpati dengan mereka kerana bukan semua sengaja memilih cara hidup demikian. Ada antara mereka terpaksa melalui keadaan seperti itu. Ibu mereka  keluar pagi-pagi pergi berkerja, bapa pula pergi ke laut mencari rezeki. Mereka hidup sendiri-sendiri tanpa haluan.

 

Saya terfikir tentang masa depan mereka. Apa mereka hendak lakukan untuk menyara hidup mereka? Dan kalau telah berumahtangga nanti bagaimana anak-anak mereka pula?

 

Apa akan terjadi kepada mereka?

Share |
Comments ( 0 ) :: Post A Comment! :: Permanent Link
Share and enjoy
  • Digg
  • del.icio.us
  • DZone
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb

About Me

Links

Home
View my profile
Archives
Friends
My Blog's RSS
My Wall

Friends

Page 1 of 10
Last Page | Next Page