Random Blog
Join JournalHome.com.
Create your own free blog today.
Create Your Blog
Flag this entry/bog.
It will be manually reviewed.
Report This!

WIRAWANDESA

• 11/4/2008 - GEMBIRA DALAM DERITA

Posted in Unspecified

Semalam nampak Najib amat gembira bersama para penyokongnya mengangkat tangan tanda kemenangan. Menang Tanpa Bertanding! Saya tumpang gembira kerana tidak ada pertandingan jawatan Presiden, seterusnya tidak ada perebutan jawatan Perdana Menteri. Setakat itu sahaja gembira kita. Kalau mereka berebut-rebut jawatan PM itu, habis negara kita. Dalam tidak berebut pun dah tunggang-langgang dan ‘bercempera’ habis.

 

Tetapi betulkah menang tanpa bertanding? Jangan terlalu gembira sehingga lupa bahawa dalam UMNO ada beberapa ‘kem’ yang mempunyai beberapa orang ketua dan pemimpin  pula. Hulubalang-hulubalang parti mewakili kaum Melayu ini harus ingat bahawa peraturan system ‘KOUTA’ yang dicipta Mahathir dan diguna-pakai itu menyelamatkan Najib dari menghadapi pertandingan. Kalau tak disebabkan oleh ‘senjata’ itu, bukan sahaja Tengku Razaleigh Hamzah yang akan beradu tenaga dengan Najib. Ada orang lain lagi berminat dengan jawatan nombor satu itu.

 

Sekarang orang-orang tersebut bukan main lagi memuji Najib padahal dalam hati Tuhan saja yang tahu. Muhyiddin Yassin pernah bersuara untuk berada dalam senarai pencabar untuk jawatan tersebut. Mohamad Mat Taib yang ada skandal duit RM2 juta dulupun berminat juga. Tetapi bila memikirkan susah hendak melepasi kouta tersebut, semua memendam rasa. Ya tak ya, kenalah beri sokogan padu kepada Najib untuk menjaga diri selepas Mac nanti.

 

Itulah politik dalam UMNO. Nak cari nahas memberi sokongan kepada Tengku Razaliegh? Orang yang pernah bersuara menyokong Mahathir pun cuba tengok apa sudah jadi. Rais Yatim bagaimana? Beliau masih penyokong Mahathir.

 

Muhyiddin Yassin kira bernasib baik kerana hanya melobi untuk jawatan nombor dua. Itupun sudah dihentam kiri-kanan oleh beberapa orang kuat Abdullah malah oleh Abdullah sendiri kerana sering dilihat ‘bercendoi-cendoi’ dengan Mahathir dan Mukrij.

 

Najib pula jangan gembira sangat. Ingatlah, setiap orang yang menyokong dan memuji itu ada agenda tersendiri. Itu semua strategi untuk selepas bulan Mac nanti selepas Najib menerima kuasa dari Abdullah. Dalam suasana politik yang semakin gila sekarang, apapun boleh terjadi.

 

Pemimpin UMNO sibuk bercakaran sesama sendiri untuk merebut jawatan. Semua memberi pandangan dan nasihat seolah-olah ahli-ahli bodoh semuanya. Semua pemimpin sudah lupa tentang keluh kesah rakyat tentang harga barang. Lupa pada rakyat yang menghadapi masalah kekurangan bahan makanan. Itulah kerja orang politik.

 

Dalam orang sibuk-sibuk menuntut penurunan harga barang , Noh Omar pula mengumumkan kenaikan tambang bas dan teksi. Sebab apa pula tambang bas dan teksi perlu dinaikkan? Harga minyak mahal? Kepentingan pengusaha bas sahaja diambil kira, kepentingan rakyat dan golongan bawahan yang menggunakan bas untuk ke mana-mana ini perlu juga dijaga. Orang kaya mana ada mahu menaiki bas.

 

Pemilik kenderaan sudah diberi subsiti berbentuk wang tunai (rebate) tetapi bagaimana penumpang bas? Pemilik dan pengusaha bas sudah dapat macam-macam, tiba-tiba penumpang pula kena bayar lebih.

 

 Najib jangan seronok sangat, hanya menang sebab orang lain tidak boleh bertanding bukan orang tidak mahu bertanding. Orang lain pun kena ingat juga. Dalam masa memuji Najib bagai nak rak, perkara-perkara begini kena juga diambil kira.

Share |
Comments ( 0 ) :: Post A Comment! :: Permanent Link
Share and enjoy
  • Digg
  • del.icio.us
  • DZone
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb

• 10/31/2008 - SPM 2008 SUDAH DEKAT

Posted in Unspecified

Baru sebulan yang lepas selesai peperiksaan PMR, sekarang datang SPM pula. Bukan sahaja para pelajar Tingkatan lima yang berdebar-debar menanti saatnya, malah guru-guru yang mengajar mereka juga turut terasa gemuruhnya. Rata-rata guru menaruh harapan pelajarnya membuat yang terbaik.

 

Guru-guru yang mengajar Tingkatan Tiga sekarang sudah pun boleh berehat sekejap setelah bergelut dengan pelajar mereka menghadapi Peperiksaan PMR yang telah berakhir pada awal Oktober dahulu. Sekarang ini sedang menunggu keputusannya yang dijangka keluar pada penghujung Disember nanti.

 

Bagi sekolah-sekolah ternama dan dikategorikan sebagai Sekolah Elit, tidaklah timbul masalah sangat. Pelajar mereka sudah jauh lebih dari bersedia. Mereka sentiasa mengulangkaji pelajaran mereka malah ‘mengulangkaji’ merupakan salah satu rutin dalam hidup mereka.

 

Saya pernah berbual dengan saudara Azali Azlan (Pelajar cemerlang SPM 2007) selepas peperiksaan PMR yang didudukinya pada tahun 2005. Selepas dua minggu selesai PMR dia memberitahu bahawa dia sudahpun selesai membaca buku-buku mata pelajaran Kimia untuk Tingkatan Empat dan sedang berkira-kira untuk membaca buku Fizik pula.

 

Semasa beliau dalam Tingkatan 5 pada tahun 2007, beliau banyak menghabiskan hari-hari cuti hujung minggu dengan belajar sendiri mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah ketika orang lain pada masa itu pulang ke kampung atau menghadiri kelas-kelas tuisyen. Kadang-kadang di waktu petang beliau mengadakan kelas tuisyennya sendiri mengajar rakan-rakan yang lain yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu.

 

Yang saya tidak dapat lupakan adalah setiap pagi Jumaat Azali menjadi Imam untuk sembahyang Sujud Sejadah di surau sekolah. Terasa syahdu dengan kemerduan dan kelancaran bacaan Azali ketika menjadi Imam itu.

 

Begitulah Azali. Tetapi berapa orang ‘Azali’ yang ada di negara kita?

 

Tidak hairanlah bila selepas keluar keputusan SPM 2007, beliau mendapat 1A dalam 20 mata pelajaran dan 2A bagi satu mata pelajaran. Ketika orang lain bermain atau ponteng sekolah selepas PMR, dia sudah selesai belajar dua mata pelajaran yang orang lain anggap susah.

 

Begitu juga pelajar dari sekolah-sekolah elit yang lain seperti MRSM, Sekolah Menengah Sains, Sekolah Sultanah Asma dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jenan. Mereka datang belajar di sini setelah melalui beberapa proses pemilihan. Sudah tentu kesedaran mereka sudah tidak dipertikaikan lagi. Masa belajar mereka tidak perlu dikawal lagi. Atau tidak perlu lagi menunggu arahan sesiapa untuk belajar.

 

Yang menjadi masalah ialah sekolah-sekolah lain yang kebanyakan pelajarnya adalah pelajar ‘biasa’ dan yang kurang baik pencapaiannya. Ada di antara mereka ini kadang-kadang pergi ke sekolah dan ada waktunya tidak pergi langsung. Banyak masa dihabiskan dengan melepak di tepi-tepi pantai dan di pekan-pekan.

 

Bila tidak belajar, apa mereka hendak buat masa peperiksaan nanti. Hendak mengulangkaji pun tidak ada apa yang hendak diulangkaji sebab tidak belajar. Hendak membaca buku, buku pun tidak ada malah ada juga yang tidak lancar membaca.

 

Mereka ini yang merunsingkan saya.Tetapi walau apapun, rasanya tentu mereka boleh berbuat sesuatu. Saya doakan kejayaan mereka. Insyaallah!

 

 

 

 

Share |
Comments ( 0 ) :: Post A Comment! :: Permanent Link
Share and enjoy
  • Digg
  • del.icio.us
  • DZone
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb

• 10/29/2008 - MAT GLAMOUR 2

Posted in Unspecified

Tentu kita semua masih ingat tentang seorang budak berusia 14 tahun yang terpaksa berhenti sekolah untuk menyara adik-adiknya seramai 8 orang. Pasti kita belum lupa kepada kisah yang kononnya ‘menyayat hati’ dan tidak mendapat simpati dari masyarakat setempat di Titi Bakong, Yan, Kedah yang mula tersiar pada 6 September 2008 yang lalu.

 

Kini sudah lebih sebulan berlalu dan kehidupan Mat Glamour atau Mohd. Norsharul Amri bin Anuar telah berubah sama sekali. Wang dan sumbangan mencurah-curah datang dari berbagai pihak membuat Mat menjadi seorang ‘hartawan’ sekarang. Ibunya dan adik-adiknya tidak susah lagi. Apa yang dikehendaki semuanya dapat dibeli dengan wang yang puluhan ribu dalam akaun.

 

Hendak memiliki handset, sudah ada handset, malah yang berjenama pula. Begitu juga ibunya dan adik-adiknya, mempunyai handset seorang satu. Ibunya sudah beberapa kali ‘rebounding’ rambut dan ke sana ke mari dengan jeans dan berbaju T ketat dengan tanpa tudung seperti dalam gambar-gambar terdahulu. Rantai leher dan gelang tangan yang tidak terkira lagi hebatnya.

 

Terima kasih kepada para dermawan yang telah mengubah kehidupan Mat sehingga melebihi kawan-kawannya yang dulu senang sedikit darinya.

 

Tetapi Mat dan adiknya hanya berubah tentang gaya hidup tetapi masih tetap dengan keadaan yang sama dari segi persekolahan. Mat dan Mastuti Norsiti Atika tetap juga tidak ke sekolah seperti yang diharapkan. Dalam seminggu kadang-kadang Mat tidak pergi langsung. Adiknya juga menurut jejaknya.

 

Setiap hari boleh dilihat Mat dengan basikalnya, merayau-rayau di Titi Bakong dan pekan Yan. Kadang-kadang sangat ia pergi ke sekolah, Banyak menghabisan masa di rumah dan berbasikal ke kampung-kampung bersama kawan-kawan yang juga tidak ke sekolah.

 

Sebenarnya dari dulu Mat tidak ke sekolah bukan kerana tidak ada wang. Bukan kerana miskin. Bukan juga kerana hendak menjadi kelindan lori menyara adik-adiknya. Dia memang tidak mahu bersekolah. Berilah berapa banyak wang sekalipun, sikapnya tetap tidak berubah.

 

Sia-sialah sumbangan yang diberikan oleh berbagai pihak kepada keluarga Mat supaya Mat dan adik-adiknya tidak ada masalah hendak ke sekolah. Sikap Mat dan keluarganya tidak berubah sama sekali.

 

Sebenarnya Mat berkehendakkan pakar motivasi supaya boleh mengubah sikapnya itu. Itulah yang Mat dan keluarganya perlukan, bukannya harta. Selagi sikap Mat tidak berubah, banyak mana wang pun tidak akan berjaya membawanya ke sekolah semula..

 

Sebelum ini pun pihak sekolah telah memberi macam-macam bantuan kepada Mat. Bantuan wang KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) turut diberikan lama sebelum berita tentangnya heboh dahulu. Selain itu, biasiswa juga turut diberikan kepadanya walaupun adiknya juga telah mendapat biasiswa tersebut.

 

Bayangkan apa akan jadi kepada Mat setahun lagi? Tahun hadapan dia akan menduduki PMR. Pihak sekolah tidak dapat berbuat apa-apa sebab dia tidak hadir ke sekolah untuk mengikuti program-program peningkatan akademik yang dianjur oleh pihak sekolah.

 

Sama-samalah berdoa untuk kejayaan Mat.

 

Share |
Comments ( 0 ) :: Post A Comment! :: Permanent Link
Share and enjoy
  • Digg
  • del.icio.us
  • DZone
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb

• 10/29/2008 - BAHASA: KITA DICABAR LAGI

Posted in Unspecified

Akhir-akhir ini DAP begitu ghairah untuk menggunakan bahasa-bahasa lain di papan-papan tanda kawasan dan jalan-jalan di negeri-negeri yang mereka kuasai. Di Pulau Pinang  Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang ditunjangi DAP telah meluluskan permohonan PBT untuk berbuat demikian. Hal yang sama nampaknya berlaku di Selangor, negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat yang ditunjangi DAP juga.

 

DAP usah berdalih lagi tentang perkara yang dunia pun sudah tahu. Memang sejak dulu lagi mereka memperjuangkan perkara ini. PAS dan Keadilan Rakyat yang sama-sama berada dalam kerajaan-kerajaan tersebut hanya berdiam diri, menikus kerana takut menerima ledakan kemarahan DAP. Satu hari nanti Perak juga mungkin akan menerima tempiasnya.

 

Sejak mula diperjuangkan DAP melalui Malaysian Malaysianya, perkara bahasa ini memang menjadi fokus mereka dengan misi mengekalkan bahasa ibunda kaum Cina. Berbagai cara dilakukan termasuk menentang penubuhan Negara Islam dan Sekolah Wawasan. Ini semua adalah berkaitan dengan Bahasa Cina yang diperjuangkan.

 

Rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat sedar tentang perkara ini tetapi tidak boleh berbuat apa-apa. Semua komen yang diberikan oleh pemimpin Melayu dal;am Pakatan Rakyat sama sahaja, menerima tindak-tanduk DAP ini sebagai agenda mereka bersama.

 

Apa rasional mahu mengubah papantanda ini kepada berbagai bahasa? Ada orang tidak faham Bahasa Melayu? Sesudah merdeka selama 51 tahun dan sudah menjadi rakyat Malaysia yang tulen, masih tidak faham nama-nama jalan dalam Bahasa Melaysia?

 

Nampaknya usaha ini sengaja hendak mencabar orang-orang Melayu. Para pemimpin Melayu tidak dapat berbuat apa-apa kerana mahu menjaga hati rakan dalam parti. Begitulah sikap manusia Melayu. Takut hilang kuasa, biar orang memijak kepala.

 

Tetapi saya sebagai rakyat Melayu sangat merasa tercabar!

 

Akhirnya kita sendiri tahu, para pemimpin Melayu sama ada dalam parti kerajaan atau dalam parti pembangkang, semuanya tidak menyimpan rasa cinta kepada bahasa mereka sendiri. Mereka malu menggunakan Bahasa Malaysia. Saban waktu mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris.

 

Baru minggu lepas, Datuk Seri Hishamuddin, Menteri Pelajaran Malaysia bercakap mengenai komitmen hendak memartabatkan Bahasa Kebangsaan selaras dengan statusnya sebagai Bahasa Rasmi negara, hari ini beliau dilihat bercakap Inggeris dalam wawancara dengan wartawan Malaysia sendiri.

 

Patutlah susah sangat hendak memansuhkan PPSMI kerana orang politik sendiri lebih cintakan Bahasa Inggeris daripada Bahasa Kebangsaan. Dan sedikitpun mereka tidak merasa tercabar dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang itu.

Share |
Comments ( 0 ) :: Post A Comment! :: Permanent Link
Share and enjoy
  • Digg
  • del.icio.us
  • DZone
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb

About Me

Links

Home
View my profile
Archives
Friends
My Blog's RSS
My Wall

Friends

Page 2 of 10
Last Page | Next Page