Google
WWW www.journalhome.com/ilovekimi

October 7, 2005 - analogi nasi goreng
Posted in Unspecified

amaran awal, entry nih buleh membuatkan anda ala2 penin dan terpaksa berfikir skits untuk memahami analogi. tak sesuwai untuk bacaan pada awal pagi atau dalam keadaan mamai kelaparan (slalu jadik kat aku nih, ehhehe)

 

disebabkan semalam punya entry, aku tak kasik komen dah pasal hal2 "to tell or not to tell", budak itu telah menurut arahan yang diberikan (good boy ) dengan takder dah wat acara paksa memaksa itu. mekacih yer awak . so, semalam dia dok sound ngan pemilihan kaler aku. disebabkan entry asal aku semalam kaler light blue dan light pink, agak kesukaran ler readers nak baca akunya blog. nak terang kena highlight dulu. per nak wat, dah tuh kaler fav aku. disebabkan layout blog pun kaler cerah, budak itu kata: "ko nak suruh akunya power naik?" di atas komentar diberikan, sebab saya takut blog saya kena ncr (heh), maka mulai ari ini saya akan posting guna kaler cerah2 ajer, puas ati dak?

 

sekarang buleh mula entry ari ini

 

aku tertarik dengan analogi nasi goreng yang ditonjolkan oleh budak itu beberapa hari yang lampau. cuba korang rujuk balik entry hangat "to tell or not to tell" itu, baca kat ujung2 conversation between aku ngan budak itu, adala pasal nasi goreng

lepas dari itu, aku pun dok pk2 betul jugak analogi yang dipakai oleh budak itu. pasal order nasi goreng, kekadang kita pk, lapar sangat nih, teringin nak makan nasi goreng. but once (bukan once dewa nih - mind you) nasi goreng dah ada depan mata, siap sedia untuk disantap, kacau2 skits ngan sudu, masuk mulut sesuap, tetiba jadik tak selera lak. adala macam2 mender leh tak selera tuh. maybe nasi goreng tuh tak sedap. kurang garam ker, lebey garam ker, kurang rencah ker, pedas sangat ker. pehtu tak jadik dah nak makan nih. kekadang tuh bleh gak tak semena-mena jadik tak selera. tah apsal tetiba rasa kenyang, rasa tamau lak nak makan nasi goreng tuh, hmmmm

 

ada plak orang yang mengamalkan jangan membazir. dah order nasi goreng tuh, pandai2 ah makan sampai abis. tak baik kan nak membazir. kurang garam, kurang rencah, pedas sangat pun dia makan. yela, kang kecik lak ati tukang masak tuh kan. takpun membazir ajer duit yang dah dibelanjakan untuk membeli nasi goreng itu

 

kekadang tuh, kita order nasi goreng, member kita order mee goreng. walaupun mungkin kita bukan peminat mee goreng, tetiba tengok kat pinggan member, best plak mee goreng tuh, rasa macam nak kebas ajer

 

ada plak, memang kita lapar gler, teringin sangat2 nak makan nasi goreng. tetiba dah sampai kat kedai makan, tetiba niat nak makan nasi goreng terbantut. tetiba kita order plak lamb chop, so how?

 

mungkin plak, niat kita memang betul, order pun dah betul, tapi tetiba sebab kita lambat sangat pergi kat gerai tuh, nasi dah abis, takleh dah nak goreng

 

ataupun kes niat dah betul, order dah betul, nasi masih ada lagik, tapi tah apsal waiter tadik salah dengo kot, last2 order kita tertukar. bukan nasi goreng dia kasik, tapi mee goreng plak. kalau dia kasik makanan yang mungkin kita suka gak, perut kita dah lapar lak masa tuh, kita malas dah nak tunggu dia masak balik nasi tuh, kita pun makan ajer ah yang dah ada terhidang tuh kan. walau camner pun, kena ingat ada yang particular gler, kalau nak nasi goreng, nak nasi goreng gak. tanak makanan2 lain. ataupun dah dia hidang kat kita makanan kita tak suka, memang sah2 ah kita tamo kan?

 

aku rasa aku dah cover sumer aspect yg ada dah nih. kalau ada tertinggal, feel free untuk ym aku atau meninggalkan komen anda. sila2, jangan malu2. pesanan akhir daripada saya untuk ari ini, elakkan pembaziran yang tidak perlu. kalau makanan yang terhidang tuh agak2 tahap ok, walau tak sedap sangat, hantam ajer ah. lagipun kalau nak order lain, belum tentu order tuh sedap dan menepati citarasa kita gak kan? tapi kalau tak suka sangat takpe ah, buleh dimaafkan kalau nak melakukan pembaziran, muahahhaha

pesanan tambahan, kalau dah kenyang makan sepinggan nasi goreng, takyah ah nak order mee goreng chicken chop, tomyam dll. moderate2 ler skits, muahahhaha

 

p/s: errr, bacaan ari ini peringkat tinggi nih. kanak2 bawah umo main jauh2 ah kalau tak faham

p/s 2: adehh, lapa plak perut aku yg menaip entry berunsur makanan di bulan ramadhan nih, muahahahha

Share |

Post A Comment!
:: Send to a Friend!

Notify me of followup comments via e-mail.

Share and enjoy
  • Digg
  • del.icio.us
  • DZone
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb

About Me




~23/08/1979~love to read, write, travel, laugh, learn new things, play computer games, watch movies, shop~ believe kimi raikkonen is the greatest F1 driver alive~






Man of The Year



Kimi Raikkonen


Time Right Now - Malaysia




Featured Song




Younha - Mafuyu no Veil


Recent Posts

Menu

Friends

Links



Entry 1 of 209
Last Page | Next Page