Google
WWW www.journalhome.com/ilovekimi

October 4, 2005 - nak satu, buleh?
Posted in Unspecified

* untuk lagu nasyid yang saya featurekan, klik pada tajuknya ini yer: Haddad Alwi & Sulis - Lil Abi wal Ummi. sowee ah, tak dapat nak feature liriknya yg dalam bahasa arab nih, ehehhe. sempena bulan ramadhan ni dengo nasyid japs

okeh start cter sekarang

 

semalam, waktu malam, aku ngan officemate/housemate/birthday mate aku si sue pergi ah menjemput peti ais yang dibeli secara ansuran daripada salah sorang staff ikcm nih gak kat puchong prima. kak maz lama dah nak jual peti ais, tapi masa tuh tak berminat. lagipun aku lebih berminat pada tv zairi (ansuran jugak? heh) sebab siapalah aku tanpa hiburan . this time sue pulak decide dia yg nak mengumpul harta pulak. maybe dia perasan aku ala2 reluctant nak memiliki peti ais tuh. balik2 aku cakap "kang aku kawen pindah ******* kang camno? takkan nak angkat peti ais skalik?" muahahahha, amin kat kata2 yang merupakan satu doa itu  (toksah ah susah2 nak bilang * tuh, aku main hantam jer tekan banyak2, takleh punya nak spekulasi apa2 nama tempat - dunia ini luas, muahahah)

 

kenapa kitorang terpaksa beli peti ais plaks? well, gini kisah yang ala2 syahdu itu. kami pindah ke rumah sewa sekarang nih, sekadar menyewa bilik. sewa ngan orang asing (bukan pendatang asing tau) yg memang asal2 serumah, yg tatau apsal tah, g carik umah baru jugak. salah sorang housemate kami nih beli peti ais, so takla pk panjang, gunakan jer ah kan. but then, khamis lepas, dia sudah tinggal 1 note, yg meminta kerjasama kami untuk mengeluarkan barang2 kami lam peti ais sebab dia nak angkut peti ais dia pindah. setelah dikorek information oleh sue, upanya dia nak kawen ujung tahun nih, so, pindah ah sumer bebarang dia kat umah tunang dia itu. "abis sumer kain baju hangkut skali apsal?" kata sue membuat spekulasi liar pada aku dan aku malas nak memanjangkan cter, gasak dia ah

kenapa aku garis note kat atas tu? well, org umah kami suka tinggal note. "kain baju jgn biokan dalam mesin, kesian kawan yg lain nak basuh baju". heh gasakla, bukan aku guna pun mesin tuh, aku balik basuh baju kat umah kampung, huh. "pinggan mangkuk, kuali periuk lepas guna tolong2 la basuh, kesian orang lain nak masak lepas tu" well, dah aku masak pagi2, kalau mender aku masak tuh melekat kat kuali, kena ah rendam dulu, besa petang2 aku balik direct2 ah basuh pinggan. "lepas masak tolong kemas dapur" alahai, cam ah aku tak kemas pun, btw kalau aku terlupa kemas, kang sue tolong kemaskan, ehehheeh. bila aku cter sama mak ngan ayah aku, mereka 2 orang laks sentap. mak aku beriyer korek kuali lama aku, yg aku guna masa duk umah sewa kat tronoh dulu. ayah aku siap belikan sudip baru. kata mak aku "mak cukup terasa anak mak dikata macam2 tuh" puas laa sue gelakkan aku, bila aku cter aku bawak balik kuali bagai. sebagai tanda rebel, pagi tadi aku masak, aku tak basuh lagik kuali aku, muahahahha, puas ati aku

well, pandai ah depa ek. tak pulak tulis "sampah jangan buang merata2, masuk lek lok, kalau dah penuh ikat, tukar plastik lain". bila aku report sama budak itu, kata dia "biasa ah tu. aku dulu pun camtuh, wat ajerla schedule sapa kena wat ini kena wat itu" errmmm, kesukaran betul. aku nih dahla ala2 skeptical ngan pompuan, so, aku pun ala2 sombong. takder aku nak beramah mesra ngan mereka2, ehehhehehe. tuh pasal kekadang aku kompius2 lagik nama2 mereka tuh, jangan tatau

 

so, semalam selamat ah kami mendapat peti ais baru. nanti aku load pic peti ais tuh bila berjaya mempergunakan bluetooth adaptor yang terchenta itu ek (more janji2 manis nih)

 

kak maz nih, baru dapat baby hujung bulan 7 ari tuh. nama baby tuh nurul syifa'. very the kiut n very the tembam. korang imagine ah, baby lahir 4.8kg. si sue gatal2 nak pegang baby, pehtu cemas, cuak, tak reti nak pegang, suh aku pegang dengan ucapan "eh, ko reti ker? lain macam jer aku tengok" muahahhaha, aku memang suka pegang baby ala2 lain macam, sapot leher dia ngan 2 belah tangan aku, badan dia atas pangku aku, kira aku pangku dia mengadap aku ah. faham dak? tak faham sudah, takkan aku nak lukis lak, muahahhahaha

 

well, what was i feel masa pegang syifa' tuh ek? errrmm, tah ah, rasa syahdu lak. takder lak rasa jealous2 ker, cuma rasa syahdu. tatau ah, maybe aku still ingat kat azam kot. lama dah tak pegang baby, dah 6 tahun dah, sebab budak lan pon dah umo 6 tahun. or, maybe syahdu pasal dah umo 26 tak dapat lagik nak memangku kimi/husna aku sendiri. (sabo yer nak, mama lom dapat ayah kamu lagik nih - usap2 perut ) oit, gelak jangan lelebey haaaa, kengkawan aku pun slalu gelakkan atau rolled eyes bila aku wat aktiviti2 kurang logik itu. well, muahahhaha

 

errmm, pagi nih, bukak email daripada a friend of mine. dia ucap selamat berpuasa, semalam lagik dia send, tapi baru pagi nih dia bukak. dia send pic anak dia - my princess kata dia. alahaiiiiii comelll la sangat kan. aku pun reply email dia dengan mengatakan "aku pun nak satu, buleh?" haaaaaaaa, tuhla datangnya tajuk entry ari nih tuh

 

-anak orang yang comel, yang emaknya kirimin pic dia, slamber aku buh tak mintak izin nih, muehehhe-

 

masa agak2 zaman muda rumaja yg optimistik itu, aku nak 6 anak. tapi dah 26 tak start2 lagik, nak 6 berderet setahun 1 lak anak aku, tak larat la plaks, muahahha. lagipun kempen orang zaman sekarang "quality not quantity". yolaa, kot dah aku keje, ayahnya keje, sian mereka2 kurang kasih sayang dan perhatian. imagine jer ah nak bagi perhatian kat 6 budak sekaligus. so, i'd settle for 2 jadik ah. kot Allah kasik rezeki lebih pun alhamdulillah, terima ajer, ehehhehehe. aku nak sepasang, sorang lelaki sorang pompuan, bleh yang? (nih aku tanya kat bakal ayah mereka nih, tah sapa tah, aku pun tatau, muahahahha)

 

ahhh, merepek dah aku nih. carik ayah husna ngan kimi, carik ayah husna ngan kimi, carik ayah husna ngan kimi. interested? buleh apply sebelum terlewat, muahahhahaha

 

p/s: Tuhan, tahun nih aku tak mintak banyak, mintak dapat carik ayah kepada anak2 aku nih, bleh ek Tuhan - doa sempena ramadhan . mudahan2 ramadhan depan tak disambut bersendirian lagik, ehehhehe

Share |

Post A Comment!
:: Send to a Friend!

Notify me of followup comments via e-mail.

Share and enjoy
  • Digg
  • del.icio.us
  • DZone
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb

About Me




~23/08/1979~love to read, write, travel, laugh, learn new things, play computer games, watch movies, shop~ believe kimi raikkonen is the greatest F1 driver alive~






Man of The Year



Kimi Raikkonen


Time Right Now - Malaysia




Featured Song




Younha - Mafuyu no Veil


Recent Posts

Menu

Friends

Links



Entry 1 of 209
Last Page | Next Page