dear yunks,
dengarlah (baca?) aku yg manja (mengada2?) nih nak mengadu padamu. nope, it can't wait until monday. mengenangkan there's not enough resource untuk berhubung dengan cara moden (read: tuhla, suruh beli sepasang tepon 3g kasik aku tamo), maka terpaksa ku utuskan (lorghh, nama pun post entry kan?) surat aduan ini kepadamu. yes, i know, you'll most probably reading this on monday and it seems sesia ajer pun aku type surat aduan nih, tp at least on my side, puas (huh?) sebab dapat ngadu
opsss, panjang betul pengenalan aku itu ek? hisk, tak reti2 nak straight to the point aku ini. okeh. walaupun aku rasa aku tak bitau ko last week, umah aku kenduri ari nih. bukan tamau bitau, tak sempat nak bitau. maklumla, ko busy memanjang. sebelum fikiran ko membuat kesimpulan sendiri, nope, nih bukan ah kenduri merisik ker meminang ker bertunang ker paksa tunang ker paksa kawen ker atau yg sewaktu dengannya. kenduri doa selamat ajer, aku dapat permanent post keje ri tuh n kenduri masuk ramadhan skaliks
it's been a while since kitorang wat kenduri. maklumla, nak wat selalu, tak cukup tenaga kerja. nama ajer dah 2 beradik jer kami nih kan. the last time being 30th august 2003. kenapa aku ingat? sebab dalam keletihan aku pagi2 buta 31 ogos tuh, x aku telah mengsms aku dan free2 melafazkan cerai melalui sms (cewahhhhhhhh analogiku)
hisk, kan aku dah lari course lagik. nope, bukan gakla nak mengadu pasal kisah2 silam itu. aku, benonya nak ngadu, tadi kan kan kan, aku kekonon rajinla. aku amik kaki2 ayam tuh n potong kuku2 dia. tadik masa kat pasar aku tengok kak anie (ops, kebetulan pulak namanya anie ek, uhuhuhu) jual ayam tuh siang2 ayam dengan bergaya, so aku capai butcher knife umah aku yg tajam dan berkilat itu dan mulala memotong kaki ayam dengan begitu bergaya sehinggalah..
i cut a chunk off my left forefinger . memula itu idakla rasa sakit, maklumla, kan pisau itu tajam. aku pon dengan kul melihat darah itu. then, mak aku kerahkan ayah aku mengubati aku, cam besa. well, bila anything happened, mak aku memang akan memanggil ayah aku, "nih, tengokkan anak nih, dah terluka plaks". gitu2 ler adanya. ayah aku dengan coolnya, jalan lenggang lenggok sambil memberi syarahan percuma, "org potong pelan2 ajerla kaki ayam tuh, takyahla hayun2 semacam.." maka mak aku pon bergegas nak membantu menyelamatkan keadaan. makanya, jari itu selamat dibubuh minyak gamat dan dibalut ngan tisu ajer sebab takder kelengkapan 1st aid yg cukup kat umah aku. pehtu ayah aku ikat lak ngan gelang getah (apa dia ingat nak berjualan ker ). anyway, sebab takder kelengkapan, anything will do ajerla kan 
lepas beberapa jam, aku bukak la balik balutan tuh pasal dah takla rasa apa kan, skali itu, darah2 itu menyembur balik. al maklum sajala, kan aku cut off a chunk of my forefinger. kesian jariku itu. makanya aku pon balut n applied pressure some more on the wound by ikat gelang getah itu balik. nak semayang pon tak bukak balutan itu tau. sakitnya bukan main lagik. rasa macam it was on fire. on fire pehtu berdenyut2 sama lak tuh
then, aku layan pulak survivor guatemala, yg 2nd tuh depa main tarik2 tali dalam mud, sungguh entertaining. ada part2 tayang montot walaupun depa cover dengan memblur kannya. aku nak dl csi ngan joey tuk latest season, malangnya both torrent ngan guna kazaa lite, tah apsal tak berjaya connect ngan user2 itu. kat torrent, takder seeder. eran betul diriku di dalam ketensenan itu
aku dah berjaya dl the 1st 2 episode of gilmore gals season 6 also, n dan selamat nengok. apa? ko nak tau apa jadik? ko nak tau luke terima proposal lolerai ker dak? that can wait until monday, namanya ajer surat aduan, takkan nak gossip pulak
okla yunks, mekacih kerana membaca surat aduanku ini. sehingga ketemu di waktu yg sama minggu depan, eh. itu rancangan tv mesia jer cakap camtuh, muahahhaha, sowee terbuat lawak bodo kejap. what i mean is, see u when i see u, take care (eh, apsal org yg cedera suh org sihat take care lak nih? muahahhaha)
p/s: opss, did i forget to tell u, it's not a big chunk ah, skitsss ajer. adala dalam 0.5-1 gram jer kot . jap g aku amik pic dia guna tepon aku, later2 i'll show u, okeh?
yours, -muna-
|