<- nengok nih aku potong kek 3 tahun lepas
26 tahun yg lepas, pukul 3.05 pagi, lahirlah aku ke dunia nih. time tuh sumer org bz2 nak sambut raya. in fact, mak aku sakit nak lahirkan aku nih time org nak tgk anak bulan. skali anak bulan tak nampak. makanya aku lahirla 30 ramadhan dan bukan 1 syawal mak citer, time nak beranakkan aku, staff nurse yg sambut. kira canggih ler tuh. zaman dedolu, nurse besa pun leh sambut baby (tak silap aku ler). pehtu takder org nak qamatkan aku, tetiba ada sorang pakcik misteri nih, mak aku minta tlg qamatkan aku. pastu mak aku minta tlg pakcik misteri nih belikan sarapan. maklumla, hospital pun understaff coz sumer dah sesibuk melemang n merendang kat umah. pakcik tuh belikan nasik lemak kat mak aku. mak aku nak bayo tp tak bawak duit. mak aku kata tunggu la ayah aku datang kang, pakcik tuh kata takperla, dia sedekah jer. pehtu ayah aku dah dtg, mak aku cter pasal pakcik tuh, mereka try carik dah takder. kes kes kes, kes misteri 
pehtu, takder dah kes misteri. ada kes aku yg lasak jer. baru seminggu lahir, aku dah berjaya terjun buai. mak cter, masa tuh dia nak sidai kain. minta tolong arwah nenek jaga. arwah nenek jawab "die kan umban.." translatation: takkan jatuh (cakap bulang - salah satu slang org bangkahulu). pehtu beberapa saat pastuh aku telah terjun, untuk membuktikan walaupun aku baby, aku mampu gak terjun buai, muahahhahaha memang terbuktila kedegilan diri ini. apa yg org kata tokleh/takkan terjadi, lagi2 aku nak buktikan buleh terjadik 
<-- tengok mata aku yg buntang ituu
masa kanak2 aku susah nak dijaga. menangissssss jer kejenya. asyik nak kena hayun dalam buai. makan tanak. aku ngat lagik aku duk dalam buai, mak sedara aku tgh amik2 nasik nak makan, aku melalak tamo makan. slamber mak sedara aku cakap "org nak makan sendiri bukan nak kasik awak makan pun.." huhuhuhu maluuu aiii . pehtu aku slalu sakit lak tuh. slalu demam2. paru2 kureng sihat. kurus kering jer aku. tak caya meh tengok pic aku masa umo 5 tahun
<- pic nih amik kat um
masa umur aku lebih kurang 4 tahun, aku amik 1 buku nih, aku suruh ayah aku bacakan. ayah aku pun baca. pastu esoknya, aku amik buku sama, suruh dia bacakan lagik, dia baca tp dah cter lain. aku pun complaint (memang suka complaint aku nih) "apsal semalam buku nih ayah cter lain, ari nih cter lain?" ayah aku pun bakar line, dia jawab "haaa, tak caya bacala sendiri" maka dengan semangatnya aku blajo baca sendiri supaya tak kena tipu lagik
oh yer, ada lagik cter lawak masa kanak2. aku mengaji, baca surah apa ek, ada ayat hujung dia "fil kubur" tuh , aku otomatik "sadaqallahul 'adzim" atas alasan "eeeeeeeee takut, ada kubur". muahahhahah lawak tol aku nih 
selain menangis, masa kecik2 aku suka berangan, main masak2, cakap sengsorang, main patung kertas 20sen yg glemer zaman aku kanak2 dulu (budak zaman nih tatau kot). mak aku slalu tak kasik aku beli dengan alasan membazir, aku slalu seludup, tp mak aku macam ada pasang cctv lak kat setiap pelusuk umah, tau2 jer dia. pehtu aku kena marah, huwaaaaa oh yer, ada 1 habit aku yg agak pelik masa kanak2, aku suka menyalin/mengcopy balik buku cerita yg aku baca dalam exercise book. aku pun tatau apa motif aku, hmmm. lagik, aku suka merayau umah kengkawan bila balik dr tadika. nih pun mak aku tak galakkan sangat pasal bebudak kg tuh selalu berkutu. pehtu dah aku pun berkutu sama. letih mak aku nak mengterminate kutu2 aku tuh
masa kecik2 aku paling phobia lintah. still lagik sampai ari nih. tapi aku paling suka main air. pantang nampak air. lecak pun kekadang aku terjah. so banyakla insiden melibatkan lintah yg pernah aku alami. selalunya ayah aku ler jadik superhero menyelamatkan anak dia yg sorang nih 
bila dah agak beso, dah masuk sekolah, aktiviti berkembang kepada main galah, main buaya2 dan meronda kampung. tp b4 main, syarat utama mak aku, homework kena siap. pehtu kul 430 dah redup skits baru leh g main, balik sebelum kul 630, uhuhuhuhu
oh yer, kenangan membela pet yg paling tokleh lupa masa kecik, kematian angsa aku. angsa tuh bela sejak dia baby lagik. time bulu dia sumer lembut2 kaler kuning. comellllllllllll sangat . pehtu angsa2 aku nih sungguh bijaksana. faham cakap org lak tuh. sayang sangat ngan dia. tp apakan daya, slamber dia mati di suatu pagi, aku menangis tak hengat punya ah 
hapa yer lagik kenangan masa kecik? nantila aku edit kot ada lagik kenangan2 penting/menarik yg lain. part 2 nanti aku wat esok lak, cter pasal kehidupan zaman rumaja lak 
p/s: pic2 aku masa kecik yg kiut miut tuh lom dapat didisplay. driver scanner tah mana aku bubuh tah. sabar yer tuan puan
|