Google
WWW www.journalhome.com/ilovekimi

November 23, 2005 - nada nada ceria
Posted in Unspecified

 

ari nih saya terasa ceria plaks. hairan saya . yerla, patut dah kena tinggal, mesti saya down ek? gamaknya bekalan kasih sayang semalam, dose dia masih terasa kot (mekacih kat awak, yg teringat gak nak tinggalkan bekal ) lagipun semalam, dapat sembang2 ngan sue. payahnya la nak jumpa . nama ajer seofis n serumah. yerla, dah dia kena duk shah alam nih, dia balik2 tido jap, kuar ngan kekasih hati dia plaks. selalunya aku jaga dia tido, aku tido dia jaga. tambah2 plaks 2 minggu lepas nih aku kurang stabil. seminggu tuh, tetiap malam aku kuar. tiba2 time nak tido baru aku balik. bila aku sedih, i couldn't handle being alone. kalau aku sorang2 nanti aku pk macam2, nanti aku sedih, nanti aku nangis. hisk, letih tau aktiviti nangis nih

 

hisk, sukala meng u-turn citer aku ini. padahal suppose nada2 ceria . tinggalkan hal sedih2 nih. sempat lagik nak sedih2, lama nih nak kena bertahan, waahhahahahha . len kali, record dirimu, pehtu mms pada diriku. meh diriku save n play balik, tiap2 ari sambil senyum sorang2, ehehehhehe. okay, bangun pagi2 nih, siap sedia hantar cik puan sue g kat hq hp dekat2 nak ke jalan duta dah tuh, untuk amik notebook dia. sue siap pesan, dia masuk around 11. aku cuma pesan aku masuk lewat, tatau ah kelewatan sampai tahap mana kan

 

tak tengok jam plak bila bertolak. dah siap everything, bertolak jerla. kenderaan kat ldp menuju damansara, biasa2 ajer. yerla, basically damansara banyak kediaman, pagi2 dr damansara la yg jam, nak ke damansara, besa2 ajer. jalan pelan2 sebab tatau jalan, takut terlepas ke hapa. upanya takla sukar pun jalan dia. hp punya hq terletak kat jalan dungun, tak silap aku la. pasal aku belok ada signboard dia jalan dungun, wahahhaha. park keta, sue kata dia sapot parking. pehtu g la pikap notebook. org tuh suruh tunggu 5 minit, aku gegodek mesin nescafe dia, minum choc-o-chino, sedap, free laks tuh kan. pehtu hirup pelan2. sue kenala tunggu aku japs. lagipun awal lagik katanya. malangnya aku ala2 dah kenyang sarapan makan 2 frankfurter ayam ada cheese kat dalam oleh ayamas itu. kot tak, ada aku minum 2 cawan, wahahhahaha

 

pehtu, bayar parking, bertolak pulang. singgah pejabat pos bayar bil telefon yg dah terlewat 2 ari. abg pejabat pos tuh belek2 cek tuh lam2. pehtu kuarkan surat dari ketua pos, baca2, hmmm, baru keje ker abang tuh? tak pernah terima pembayaran bil dengan cek ker? gasak dia ah. sib baik aku takder mender urgent nak buat

 

g ofis, layan bosan. bukak blog2 orang satu persatu. kacau achiq sebab dia pakai status "jika diberikan ku satu peluang", lagu ala2 fav aku tuh. semalam, paksa rela budak itu dengar lagu tuh, siap buat muka ijo camni , sebab suruh dengo lagu melayu, wahahahhaha. sesapa yg tatau, aku n budak itu, share the same impression - tak suka lagu melayu n lagu omputeh pun kureng. while budak itu sibuk ngan lagu2 jepun dia, aku lak sibuk ngan lagu2 indon aku. so, often kitorang swap ah, any song of interest. we both love dewa (baladewa rules ) and padi and may i say j-rock? wahahahha. j-rock aku takla suka tahap dewa tuh. dewa tuh, siap kenal sorang2 personil (i'm a huge fan of andra ), and currently, aku rasa aku dah jatuh chenta sama younha . best laaa minah nih. baru umo 17 tahun. dia nih asal korea, but making her debut in japan. gler ah hot. kata budak itu laa (betul tak nih, ker kena tuko ayat lagik? wahahah) mekacih kat budak itu yg memperkenalkan aku pada minah ini, n kasik aku sealbum terus lagu2 dia (sayanggg awak )

 

dobot dah abis exam, n ym-kan aku dengan gumbira. alhamdulillah, oral exam dia okay, katanya. pehtu dia remark, akunya blog nih mudah nak access. aku pun perasan. journalhome nih, dianya loading page, remarkably faster daripada myblogsite. tataula, maybe pasal dolu2 mp3 pun aku host daripada myblogsite tuh punya storage, tuh slow kot. anyway i'm glad i've found this blog provider. hmmm, aku cakap sama dobot, aku nak tuko template nih, sebab ada org tuh kata tak suka ngan katun gedik2 kat header tuh. dia kata, so not me. wahahahha, aku pk selama nih aku gedik2 ajer camtuh , n obviously i like kaler biru2 nih. tapi tahla, maybe cerah sangat. dobot volunteer nak coach aku wat blog yg lebih canggih manggih (walaupun dia already remark, blog aku ni dah ok) pehtu dobot cadangkan aku, untuk wat kerahan tenaga kat amat buat aku punya layout blog yg canggih manggih. yela, amat nih kan budak multimedia. so, amat, i'm offering u a job nih. walaupun aku tak mampu bayar mahal2, aku mampu bayar dah, sebab gaji aku clear esok, wahahhahaha. merasala, nanti ada org terkejut, blog aku dah jadik lain lagiks. i'm thinking of the basic design nih . takleh la nak buat umah, cakap kat arkitek "saya nak rumah yg lawa" tanpa nyatakan ciri2 yg dikehendaki kan? manala arkitek tuh tau taste kita. lain ler arkitek tuh soulmate kita. tuh pun, kekadang lain plaks preference dia. so, kalau anda menerima tugasan ini, bitau saya ek incik amat. saya cuba pk dengan segera (aku suka keje under pressure )

 

this evening ada temu janji ngan nana ngan asri . nak g nenok harry porter. terharu lak aku, bf org tuh, yg kurengg gemo nenok wayang, sanggup resist temptation drpd nenok cd harry porter yg dah ada kat umah dia, sebab aku dah ajak nenok kat wayang hari nih. wahhaha, nana gaks ala2 tensen, sebab telah dibuktikan, keluar ber-3, asyik nana kena sakat, hikss. nana tadik interview, moga2 murah rezeki adikku itu n dapat ah keje tetap, amin

 

itu jerla saya nak type2 pada hari ini. saya harap saya ceria lama2 skits . letih tau berjiwa kacau. harap2 kuih saya kirim kali ke-2 kat seseorang itu, selamat, tanpa dicerobohi semut merah (atau lain2 sanak sedara sepupu sepapat adik beradik si semut merah itu)

 

penghantar bungkusan: this time
penghantar bungkusan: aku bungkus double layer
penghantar bungkusan: with extra preotection n extra selotep
(bakal) penerima bungkusan: hahah..
(bakal) penerima bungkusan: the red ants would face a new challenge now

 

until then, daaaaaaaaa

 

saya terlupa, sila click sini -> younha - touch untuk dl lagu ini

Share |

Post A Comment!
:: Send to a Friend!

Notify me of followup comments via e-mail.

Share and enjoy
  • Digg
  • del.icio.us
  • DZone
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb

About Me




~23/08/1979~love to read, write, travel, laugh, learn new things, play computer games, watch movies, shop~ believe kimi raikkonen is the greatest F1 driver alive~






Man of The Year



Kimi Raikkonen


Time Right Now - Malaysia




Featured Song




Younha - Mafuyu no Veil


Recent Posts

Menu

Friends

Links



Entry 1 of 209
Last Page | Next Page