Google
WWW www.journalhome.com/ilovekimi

January 9, 2006 - hari-hari yang dingin
Posted in biasa biasa


this might be a long entry, or it might not. bergantung kepada mood aku sambil menaip nihla. ada macam2 mender nak diceritakan, nak ditulis, diabadikan untuk masa depan, tapi macam besalaa, bila hujan ajer, sejuk2, aku lebih berminat nak berhibernasi daripada duduk exercise jari depan pc kesayangan aku neh. korang2 pun gaknya jemu baca alasan tak logik aku nih. ehehhehe. ker, aku nak kasik alasan yang aku neh kekurangan kasih sayang lagik ek? hmmmm

sejak balik hari jumaat ari tuh, ujan ajer tak berenti2. actually ada dengar kat era, ramalan cuaca untuk weekends nih, di negeri2 bahagian selatan nih, memang hujan berterusan, sekejap2 berenti n sekejap2 ujan balik. tapi, macam besa, aku disregard ajer ramalan cuaca kat era neh. sebabnya, banyak kali aku dengar ramalan, dia cakap "pagi ini cuaca baik di kuala lumpur" padahal pada masa yang sama, aku tengah jalan2, hujan ajer, langit pun mendung, takder langsung ciri2 cuaca baik, isk isk isk. sungguh tak sangka laa, kali nih betul plak ramalan dia. most of the time, aku duk berpull-over ke sana sini, tak pun menyuruk bawah comforter

ari sabtu lepas, aku tak menyempat2 nak menjengok anak aku. so, aku ngan mak aku pun g la melaka. ayah aku tinggal pasal dia kata tak cukup tido malam sebelumnya tuh, perut dia meragam, gastrik, sebab mak aku belasah masak sambal sardin hari jumaat tuh. aku rasa, ayah aku sajer malas nak campur tangan aktiviti persosialan orang2 pompuan neh. yerla, karang sure aku nak mengulit anak aku lama2. ayah aku besala, rimas duk umah orang lama2

pegi2 ajer, si azim neh bantai tido ajer. macam2 aku buat. urut2 tangan, kaki, badan, sumer dia bolayan. aku usap2 pipi dia, pun dia bolayan, wahahhahaha. last2 nak kasik ilang kerinduan, aku angkat n pangku dia. mak aku cakap lagila lena dia tido, sebab aku peluk2 dia, hangatt ajer kan, ehehehhe. pehtu aku kiss pipi dia for the last time, n ajak mak aku balik. bukan balik pun, rayap2 jap kat mahkota parade

sabtu malam ahad, ada kejadian x file terjadik kat aku neh. aku kewl ajerla cam besa kan. ehehehhe. tapi tamau cter kat sini, nanti aku rajin2 aku type entry khas x file

ari nih dah isnin, esok raya. alahaii, rindunya la kat orang jauh yang pura2 ajer nak balik raya haji ari tuh. aku diconsole ari tuh, oleh kawan dia dan kawan aku, nak balik raya haji nih tak berbaloi, dahla cutinya ari selasa..huwaaaa, sedih sedih. takperla, biar ajerla aku duk berhibernasi dalam suasana sejuk2 dan hujan2 neh..

okayla all, selamat hari raya aidil adha. teringat aku 2 tahun lepas, aku tengah separa mabuk2 penin2 kat padang arafah. kepada sesapa yang berkorban, semoga korban kita diterima Allah. aiks, kita ker? aku korban apa? korban perasaan? wahahhaha. until then, take care all, daaaaaaaaaa

Share |

Post A Comment!
:: Send to a Friend!

Notify me of followup comments via e-mail.

Share and enjoy
  • Digg
  • del.icio.us
  • DZone
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb

About Me




~23/08/1979~love to read, write, travel, laugh, learn new things, play computer games, watch movies, shop~ believe kimi raikkonen is the greatest F1 driver alive~






Man of The Year



Kimi Raikkonen


Time Right Now - Malaysia




Featured Song




Younha - Mafuyu no Veil


Recent Posts

Menu

Friends

Links



Entry 1 of 209
Last Page | Next Page