Google
WWW www.journalhome.com/ilovekimi

January 17, 2006 - training to be a F1 driver
Posted in happy happy

 

dah 2-3 kali dah, semenjak 2 menjak bz pasal tender2 neh, aku dah macam ala2 training tuk jadik pemandu F1 la plak. actually baru today laa aku memprektikkan kelajuan melampau batas (hmmm, mampu plak ivan melampaui batas ekk??) sambil mencilok sana sini tuh, sebab yg lain2 tuh ada orang lain jadik crazy driver neh. wan liana laa dah 2 occasions dia membuat pecutan melampau tuh dengan menggunakan myvi minah manager marketing aku tuh. tapi ari neh, sebab minah tuh tadak, maka ivan terpaksa menganggap dirinya sebijik keta mp4-20 dan aku terpaksa menganggap diri aku kimi, buleh? wahahhahaha

 

ari neh lagik laa dahsyat. tetiba ada jam plak. wan dah sakit2 kepala dah memikirkan, ada plak kami tak sampai neh. tapi, alhamdulillah, sempat gak kami tiba. aku dah ala2 berlari dah naik atas. abang polis guard tuh gelakkan aku yg bermuka cuak dan gelabah neh, ampess betullaaaa

 

semalam, iwan yg jadik crazy driver aku. dahla kotak tender tuh berat. walaupun aku neh, digolongan pompuan2, aku neh dikira antara yg terkuat la gak (ehem), tapi, keberatan kotak tuh memang berada diluar kemampuan tenaga pompuan aku la untuk mengangkatnya. so, nak tanak kena tunggu iwan untuk menjadik tukang angkat plaks (thanx berattt). tak pasal2 memang tiba on time, tepat2 tuh kul 12, pehtu ada plak org neh, sudah tepon boss aku, kata kami anto tender lewat. sedap2 aku kena fire. pehtu minah manager kena fire, sampai melalak2 pompuan tuh. pehtu minah tuh ajak g ptptn kompem balik, org ptptn kata, kalau lewat, dia cop lewat. since dia tak cop di mana2, kira on time la kitorang neh..aku rasa nak sepakkkkkkkkk ajer org yg membawak mulut kat boss aku tuh, huh

 

okay, cukup cter pasal semalam, yg membuat aku sakit hati jiwa raga dan sentappp itu, ehhehehhee. ari nih aku cukup tido. ala2 gembira skits. yerla, aku bangun tido dengan mimpi yang lawak. aku mimpi, aku, sue ngan iwan dalam keta iwan. tatau ah nak g mana. pehtu aku tanya something kat sue. sue jawab sambil membuat muka yg senget benget huduh huduh kat aku, aku balas balik buat muka kat dia, n we both end up laughing so hard (dalam mimpilaa of coz). bangun2 aku senyum sambil cter kat sue yg tengah bz2 bersiap nak g keje

 

hari neh, kelam kabut kelam kabut, tapi lepas anto tender, sempat g merayau2 kat midvalley tuhhh. makan2, pehtu wan beli cd kosong nak burn lagu. aku g usya kat tower records album republik cinta, tapi, tak sampai lagik rupanya. amoi tower recod tuh, ada ker cakap "album latest dewa yg kami ada, lafazkan cinta". aku was "huh" untuk 3 saat, pehtu aku betulkan dia; "owhhh, laskar cinta". pehtu aku senyum jer, kata "takperla" n blah dari situ. so, kitorang pun balikla. takut boss ada kat opis, kan tak pasal2 dia berkicau. dia memang suka berkicau tak tentu hala, uhuhuhu. dah la ala2 pelupa. ari tuh, kitorang sumer dah submit borang cuti raya aji awal2, dia bleh kata kitorang tak submit borang cuti, dia tatau. huh? padahallll, dia dah sign, dah kasik sama admin kitorang, apolaaa boss aku nehhh, uhuhuhuhu

 

oh yer, sambung skits pasal album latest dewa - republik cinta

 

album neh, dah release kat indonesia, pada 6 januari lepas. untuk album neh, dewa plan to go international, so, mereka bernaung di bawah EMI hong kong. mereka gaks, guna balik label dewa 19 tuh. cun siott. kot tak caya, masuk website diorang neh

 

payah laa nak kata my fav song, sebab banyak sangat lagu2 yang bestnya. ada gaks lagu andra ngan once tau! single andra buat tuh, tajuk dia selimut hati, memang best! meh, aku nak review lagu2 dia satu persatu

 

01 & 02 - Laskar Cinta:

Jangan kompiyus plak ek, carik2, mana plak track no 2, pasal lagu laskar cinta neh telah dibagi pada 2 part. lagu neh lagu religious laa. ada part amik ayat dari quran. pehtu ajak manusia semua jangan saling membenci. insaf terus aku lepas dengar lagu neh. lagu neh bawak irama ala2 padang pasir. best tau, once nyanyi part dia. sebab nyanyi dengan penuh semangat. terasa menusuk semangat dia tuh dalam hati aku

 

03 - Emotional Love Song:

Seriyes memang emotional, ehehehhe. start2 dia cakap "jangan sakitiku lagi, mungkin aku bisa pergi, pergi untuk selamanya, dan mungkin takkan kembali.." sedih2 mendengarkannya, uhuhuhu

 

04 - Larut:

nice song! aku suka mendengarnya. feel dia ala2 cam lagu kosong laa. kena dengar over n over baru semakin mendalm suka dia tuh. tapi ayat2 memang power laa. auchhh. tak pasal2 aku punya status ari aku dengar lagu neh bertukar menjadik "kuakui aku telah larut, larut ke dalam kamu yang kucintai"

 

05 - Sedang Ingin Bercinta:

haaaaa, curently, aku tengah gilakan lagu neh. memang menarik. lagu neh selamba combine 3 genre. start off dengan ala2 hip hop skets (errr, kalau saya salah, sila betulkan ek incik penasihat), pehtu dah tukar jadik rock, pehtu jadik dangdut! wahahhaha, saya belum tau lagik, sapa pompuan yg mendangdut tuh, nanti dah tau saya bitau

 

06 - Perasaanku Tentang Perasaanku Padamu:

Best gak lagu neh. starting dia bunyi macam piano lagu unchained melody. syahdu pun ada aku dengar, ehehhehehe. ayat saya suka; "ini hanya teriakan perasaanku tentang perasaanku kepada dirimu, yang semakin hari semakin menjadi jadi"

 

07 - Lelaki Pecemburu:

haaa, ini pun saya suka gak neh, esp part chorus, bila dia cakap "aku tak peduli, siapa yang berani mendekati kamu akan kubunuh!" wahahah, garangnyaaa. ada aku baca dalam forum kat website dewa tuh, dia kata, solution dewa, bila jeles jer - bunuh, wuhuuuuuuuuuuuu

 

08 - Lover's Rhapsody:

aku suka gak lagu neh. aku cakap sama wadie, neh lagu lucah, wadie kata, biasa2 ajerlaa tuh, wahahahhahahah. aku innocent ah wadie, hehehhehe

 

09 - I Want To Break Free:

kalau ada plak ornag tatau lagik, neh lagu queen. cover version yang dibuat oleh dewa neh, aku anggap berjaya laa. sebab best sungguh once bawak lagu neh, pehtu andra goreng pun cam besa menusuk hatiku "i' falling in love!!"

 

10 - Flower In The Dessert:

lagu neh, sebab bunga kat padang pasir kan tajuk dia, mengingatkan aku pada lagu sekuntum bunga sakura di gurun sahara plak, wahahha. tapi saya sukaaaaaaaa lagu neh, sweet sangatt!

 

11 - Live On:

lagu neh lagu once neh. tapi aku lom dapat feel nak mencintai lagu neh macam lagu2 lain tuh. mungkin perku dengar lagik 18 kali kottttttt, hmmm

 

12 - Selimut Hati:

lagu andra saya. sukaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat lagu neh. takyah cakap banyak2, saya dah pernah featurekan lagu neh dulu kat blog

 

for baladewa2 yg berada di luar indonesia, yang dah tak sabar2 nak dengar lagu2 baru neh, blehla mengcontact saya, untuk mendapatkan lagu2 mereka ini yer. tapi make sure, once album sampai ke kawasan korang, sila beli yang original. janji tau! ehehehhehe

 

panjang lebar dah entry, nak balik dah neh, until then, take care, daaaaaa

 

 

Share |

Post A Comment!
:: Send to a Friend!

Notify me of followup comments via e-mail.

Share and enjoy
  • Digg
  • del.icio.us
  • DZone
  • Netvouz
  • NewsVine
  • Reddit
  • Slashdot
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb

About Me




~23/08/1979~love to read, write, travel, laugh, learn new things, play computer games, watch movies, shop~ believe kimi raikkonen is the greatest F1 driver alive~






Man of The Year



Kimi Raikkonen


Time Right Now - Malaysia




Featured Song




Younha - Mafuyu no Veil


Recent Posts

Menu

Friends

Links



Entry 1 of 209
Last Page | Next Page