*disclaimer:
this entry is written bukan untuk menambahkan perasaan guily
whatsoever. ini hanyalah sebuah kisah perang yang tragis (cewahh)
aku tak mahu diriku dibelah dua separuh seseorang yang memahamimu separuh seseorang yang tidak mahu memahamimu
aku tak mahu diriku dibelah dua bila diriku yang teman rapatmu berusaha menggembirakanmu angguk angguk dan senyum membuat riak gembira untuk menyembunyikan..
diriku yang satu lagi ini yang menendang menerajang diriku yang teman rapatmu kerana hatinya sakit kerana jiwanya perit kerana air matanya tumpah di sebalik diriku yang teman rapatmu
diriku yang cintakan dirimu ingin pergi jauh bila disakiti lagi dan lagi namun diriku yang teman rapatmu menariknya kembali hingga aku hilang arah hingga aku ilang kekuatan
mungkin diriku yang teman rapatmu dan diriku yang cintakan dirimu tak mahu lagi menjadi dua..
~23/08/1979~love to read, write, travel, laugh, learn new things, play computer games, watch movies, shop~ believe kimi raikkonen is the greatest F1 driver alive~