khamis 2 minggu yang lepas
"cuba awak decide untuk saya, nak shopping barang dapur malam nih ker selasa depan" "pergila malam nih. saya pun tgh shopping barang dapur nih.."
beberapa minit pastuh
"awak, tarik saya, tak larat nak bangun ah" "bangun ah sendiri. saya tgh goreng ayam nih"
dengan penuh keayuan (yerla tuh) aku pon siap2 laa g giant. capai itu ini, barang2 untuk seminggu. pehtu, macam besa menuju section ikan ikanan. apa lagik kalau bukan carik ikan fav aku, cencaru tuh, wahahhaha. pehtu capai udang ngan sotong. masa nak timbang, nenok ari nih abang (adik?) melayu tuh yang jaga. aku pun kasikla menatang2 tuh, sambil kasik pesanan penaja "ikan nih buangkan perut dia ekk" abang (adik?) tuh tetiba ari nih sempat mau flirt2 ngan aku. dibuatnya lawak rengan2 "udang nih tamau buangkan perut dia?" aku yg besa wat straight face bila dikasik lawak rengan2, buat muka straight face aku sambil jawab "ehh, takperla. buat susah2 ajer" wahahhahaha
setelah dapat respond yg agaknya dirasakan memberangsangkan daripada aku, abang (adik?) itu pon dok senyum2 jer sambil menyiang/menimbang ikan2. pehtu dia meneruskan aktiviti flirting dia dengan bertanyakan kepada aku "duduk dengan family ker" aku geleng2 ayu sama dia, wahahhahahha. dia nak bukak mulut tanya soklan lain, tetiba sorang apek sudah potong line, dengan menyerahkan sebungkus ikan pada dia. "timbang" kata apek tuh, wahahahhahahha. aku pon blah ajer. sue kata pasnih leh beli ikan tetiap ari kat giant
sabtu lepas plak, lalu2 kat bahagian ikan2 kat pasar sabtu kat gemas, aku nenok mengghairahkan betul rupa ikan terubuk tuh. sebab lama tak makan, aku request sama mak aku. mak aku g aaa naik atas balik belikan ikan. abang (adik?) ikan yang nih memang suka ala2 flirt sama aku melalui mak aku. ada suka2 panggil mak aku "mak". chesssssss. tapi sebab dia org n9, memang tabiat gakla panggil "mak" pada makcik2 nih. so, malas laa aku nak layankan sangat. pehtu mak aku cter, mak aku mintak kurang, dikasiknya kurang skits seraya berkata "oh, mak mertua upanya. kalau ada anak menantu tadik, saya kasik free ajer" wahahhahahahahha. pandaila abang (adik?) ikan tuh. kot aku ada, takder punya nak berani cakap camtuh
hmmmm, ada apa dengan abang ikan nih? suka flirt2 aku nih. aku taulaaa aku suka makan ikan, wohooooooooooo
|