aku ingat lagik, antara 1st blog aku baca ialah blog member aku yg bernama wisya. dia email aku kasik link blog dia. aku pun bukak ajerla, baca. but then, sebab dia menulis untuk kawan2 dia, aku pun kurang faham, hahahha. so, takla jadik blog wajib singgah
bila aku ada blog sendirik, aku jadik tak puas ati. yerla, masuk blog orang nih ada lagu2. blog orang tuh ada kelip sini kelip sana. aku yang rakus berusaha. click view source, cuba nak faham coding2 html tuh. nasibla coding html senang mau faham. aku pon google la html punya tutorial. view source kat blog orang itu dan orang ini, curik apa2 aku nak, wahahahhaha
pehtu, baru2 nih blajo css plak. archiq jadik sifoo aku sambil sesekali gelakkan aku. pet jadik masterji aku. iwan jadik errr ("iwan, ngapa ada " kat nama font nih ek?" "tatau"), chaissssss, jadik tukang jawab tatau la plak. ampeh betul budak tuh, huhuhuhu
kelmarin, my dearest duk mintak bantuan since dia kena set-up blog. so, aku yang mulanya dah malas nak belek2 css kat blog blogspot aku, terpaksa belek css untuk dia plak. hahahhaha, nasib baik aku suka keje2 nih (padahal kalo tak suka pun, gamaknya demi ko aku buat gak, hahahahha). pehtu dok temper2 dengan coding untuk display ym kat blog tuh. aku campo display a + b menjadik satu mender baru, yg aku kira lagik best. hahaha, lom sempat buh kat sini, esok laa aku buh, blog dia lerr jadik experiment aku tak tentu pasal. dia pun kasik permission, "main2 laa" kata dia, ehehehhe. keje dia, masukkan entry ajer, sambil mengomen kot2 ada yang tak kena. heh, mentang2 kategori soulmate, taste hampir serupa (walau certain things opposite gler, hahaha)
hmmm, semalam plak dok rayap2 kat midvalley. tujuan asal; album dewa, sneakers (nak g sepang), present ayat kawen. last2 dapat album dewa. siap beli dedua. got the cd from tower records n the cassette from speedy. heh, mujur jumpa kaset. sumer orang dok gelakkan aku sebab still guna kaset. yerlaa, aku ada banyak koleksi kaset. kalo aku tukar cd player kat ivan, kaset tuh aku nak buat apa? lain laa bleh makan ker, hahahah. so, misi kayakan dewa. anyway, mereka jual cd murah ajer kat sini. u can get the original republik cinta dengan harga rm24.90 ajo, terima kasih. sila la dapatkan copy anda dengan segera. kaset, cam besala mahal, rm16.80. beli ajer ah sebab nak dengar dalam ivan. heh, suka sukaa
memang silap ler bawak 3 guys masuk speedy video tuh, habis dibeleknya sumer mender. lepas dah puas belek, keluar, nescafe xpress buat promosi kat carrefour midvalley tuh. sesapa tatau, kimi aku duta nescafe express tau! diorang pun ada sponsor team, so, adala game2 f1. aku yang pantang nampak kimi, paksa rela member aku amik pic aku sebelah poster kimi. haiyoo, tangan dia goyang, pic tak clear, takyahla saya upload sini haaa
ok, next on the agenda - tiket f1. aku nak beli sendiri, sibuklaaa orang2 sumer suh aku dapatkan diskaun dengan mempergunakan staff petronas, hasilnya belum kelihatan lagik. so, esok, by hook o by crook, aku akan mendapatkan jugak tiket itu. g beli sendiri laa kat kl sentral. minggu depan dah race daynya. aku nak rasa secure, tidur sambil memeluk tiket2 aku, huhuhu. nak carik bendera finland nih, still gagal usaha aku, arghhhh. nampaknya aku cat ajerla diri aku putih biru nanti. sure mereka2 faham, hahahahha
okla, time to get back. lapar la plak. nak masak begedil ari ini, nyum nyum. sampai ketemu lagik, daaaa
|