kalau kau tanyakan kepada
diriku, siapa yang paling kucinta? pastinya tanpa berfikir panjang,
mulut ini akan menjawab "kamu!". sepatah itu. yakin. tanpa ragu.
manakan bisa datang keraguan, kerana setiap degup jantung ini hanya
melagukan namamu. bila setiap senyummu kudambakan setiap saat, setiap
ketika.
namun
kau tidak pernah pula menanyakan hal itu kepadaku. kukira kau mengerti.
kukira setiap kali mata ini menikam sepasang mata milikmu, telah kau
baca cinta yang tertulis di situ.
kita
tetap di situ, seperti semalam, seperti kelmarin, seperti dulu-dulu,
seperti biasa. kita duduk mengadap tasik yang tenang, yang sesekali
diganggu riak ikan atau sesekali dikocak oleh sekawan itik yang selalu
ada di situ. aku gemar memerhatikan manusia yang lalu lalang, dengan
pelbagai karenah, atas pelbagai urusan, dan aku tahu kau juga begitu.
kau gemar menyedut rokokmu dalam-dalam dan menghembuskan asapnya ke
atas (supaya tak terkena aku, jawab kau bila kutanya mengapa hembus ke
atas), dan aku suka memerhati asap-asap itu terbang bebas ditiup angin.
kadang-kadang
kita duduk sambil bercerita hal-hal biasa. sesekali kita berbicara
hal-hal yang luar biasa juga. selalunya kita hanya duduk diam di situ,
berkomunikasi tanpa bersuara.
"aku tak percaya pada cinta" kata kau kepadaku di petang itu.
"hah? kenapa cakap macam tu?"
kau
tidak lagi meneruskan ayatmu itu. aku pula berat hati mahu
menanyakanmu. adakah kau pernah dikecewakan, sehingga begitu sekali
pandanganmu tentang cinta? kau masih lagi diam. lalu buku ditanganku
kau rampas. kau terus membaca tanpa memperdulikan aku yang merenung
seraut wajahmu, cuba untuk mencari jawapan.
suara
anak kecil tertawa mencuri perhatianku daripadamu. kulontarkan
pandangan ke kanan, lalu ku perhatikan anak itu yang baru pandai
berlari, terkekek-kekek tertawa sambil berlari menuju ke arah kita. aku
senyum. tapi, tiba-tiba..
dia
jatuh, betul2 di depan kau. aku yang mengira kau masih leka dengan buku
itu, cepat2 bangun namun kau lebih pantas lagi. kau dukung anak itu,
kau kesat air mata yang mengalir di pipinya sambil kau belek-belel
tapak tanganya mencari kesan luka. kau pujuk dia sambil mengusap-ngusap
belakangnya. kau hulurkan tanganmu kepadaku. seperti biasa, aku tahu
apa kau inginkan, lalu aku menyeluk poket mengeluarkan gula-gula.
kuhulurkan kepadamu.
nah,
dia sudah berhenti menangis. ah, manis sungguh raut wajah itu. kau
agah-agah pula dia, dia tertawa mengekek, dan kita turut ketawa.
"maafkan
saya. anak saya nih memang camni. dah pandai berlari nih, kalau dah
sampai ke taman, laju ajer dia lari. nak kejar pun dah tak larat nih.."
kita
dikejutkan oleh ibu anak itu. ibu muda yang manis, yang sudah tidak
larat mengejar anak itu lagi kerana didalam dirinya ada adik kepada
anak itu. ibu muda itu mengulurkan tangan ke arahmu. pantas saja anak
itu melompat ke dukungan ibunya
"errr, boleh ker tuh?"
"takper,
saya datang dengan ayahnya. tadi ayahnya ke sana kejap, belikan
aiskrim. tu pun dia" panjang muncung ibu muda itu menunjuk arah
suaminya berada.
aku senyum sambil mencuit pipi anak itu.
"babai
uncle dengan auntie" arah ibu muda itu. anak itu melambai-lambai kami
sambil tersenyum malu-malu. aku melambai kembali seraya melabuhkan
punggung ke sisimu yang sudahpun mencapai buku kembali dan meneruskan
pembacaanmu.
"pandai
kau layan budak-budak ek? baru aku tahu. bolehlah ni.." sengaja tidak
aku habiskan ayat itu. kupandang dirimu yang asyik dengan buku itu.
setelah lama kau tidak menjawab, aku tidak lagi mengganggumu. aku
lemparkan pandangan ke sana dan ke sini, cuba menghalau kebosanan yang
mula hendak bertamu.
"lambat lagi" tiba-tiba kau bersuara memecahkan keheningan itu.
"aaaaa? apa dia?"
"lambat lagi aku nak kahwin. kalau boleh ada anak tak payah kahwin, boleh jugak"
kau
senyum nakal sambil memandang tepat ke arahku. sepasang lesung pipit
memaniskan lagi senyuman itu. aku terasa mukaku merona merah, lalu aku
larikan pandanganku ke arah tasik pula. kau tertawa terbahak-bahak dan
membuatkan aku menjadi geram. aku bangun.
"aku nak balik. dah nak malam nih. esok pulak la"
tanpa
menunggu jawapan, aku mengatur langkah diiringi gelak tawamu. lalu aku
turut sama senyum di petang itu, walau tanpa kau menjadi saksinya.
kalaulah kutahu, itu petang terakhir kita di situ, pasti aku akan duduk
lebih lama. biarlah matahari beradu dulu, aku takkan melangkah pulang.
petang
ini, kerana hari hujan, kita tidak duduk di tepi tasik. kita beralih
duduk di restoran berhampiran sahaja. aku memesan abc walau dilarang
oleh kau.
"hujan-hujan nak jugak makan abc"
aku buat tak tahu sambil menyudu abc perlahan-lahan ke dalam mulut.
"uhuk uhuk"
"haaaa, kan aku dah cakap.."
"huh, aku batuk bukan sebab makan abc laaa. sebab banyak sangat hisap asap rokok kau la nih!"
lalu kau sambut ayat aku dengan gelak tawamu itu. aku tersenyum senang, bahagia memerhatikan seraut wajah yang aku cintai.
~23/08/1979~love to read, write, travel, laugh, learn new things, play computer games, watch movies, shop~ believe kimi raikkonen is the greatest F1 driver alive~