disclaimer: ini bukan e-novel saya
di suatu hari hampir 2 bulan yang lampau, kekacauan jiwa yang melampau membuatkan aku carik2 program mirc dalam pc aku. lama betul aku tak chatting. sebab aku terasa mood tengan melancholic, tengah jiwa kacau, campo2 skits perasaan jiwang tak tentu arah, maka aku guna nama bunga - white lily
dia yang ym aku dulu. biasala, style kat irc, kalo nama bunga, nama awek cun, memang sah2 akan mengundang jutaan peminat bawah umur yang akan meng-ym anda. ada jugakla seko dua yang atas umur yang tak insap2 dari dunia irc, hahahahhaha
entah camner, serasi plak kurasakan diri aku dengan dia. sebenarnya, dia banyak mengingatkan aku pada member aku si nashrul nih. nashrul yang aku panggil nasrul sebab tak suka sebut "nash". memang hampir sebijik laa. suaranya, stylenya. so, aku cam leh predict apa action dia sebelum dia melakukannya lagik, hehehhehe
selain itu, aku rasa, tak tentu pasal aku dah jumpa sorang lagik soulmate aku. aku pun telah menaip entry, yang akhirnya tak aku publish, di mana i wish banyak perkara yang tak mungkin kesampaian. takyahla korang tau
but lately, aku terasa2 sesuatu. heh, bukan nak kata kuch kuch hota hei yer. kalo mudah2 nak jadik kuch kuch hota hei, takderla aku nih jiwa2 kacau tak tentu hala bila kekurangan kasih sayang lagik, hahahahhaha. inila susahnya seorang aku, yang kalo dah sayang, tak reti berhemat, nak kasik semua sayang kat orang, hehehhe
ops, dah masuk topik lain. anyway, gerak hati aku mengarahkan aku supaya tak lagik merapat dengan dia. so, aku follow jerla gerak hati aku nih sebab jarang gerak hati aku nih salah. makanya, malam kelmarin tetiba dia tanyakan pada aku. "awak, saya dah ada gf awak nak skandal ngan saya lagi ker?"
aku plak kebetulan itu malam, b4 dia sms lagi pun, aku dah melancholic dah. aku duk tengok cter korea my lovely sam-soon tuh, entah kenapa hati aku terusik. pehtu baca plak cter kashah yang aku baru beli, lagikla melancholic jadinya aku. pehtu aku terasa sungguh alone, pelan2 air mata aku mengalir bila baca sms dia itu. lalu aku jawabkan pada dia "xperla kalo awak dah takmo dah. lgpun payah. kang konflik lak ngan gf awak"
to tell the truth, aku memang dapat rasakan ini semua akan terjadi, so, takla aku surprise pun. so, alang2 dah sessi luahan perasaan, abes sumer perasaan n rahsia2 aku bitau dia
aku cakap sama dia aku tipu pasal umur. aku mintak maaf bebanyak. dia cakap dia tak kisah. dia tak pernah marahkan aku. in fact, dia suka kawan ngan aku. pehtu katanya lagik, dia tak pernah save nama aku "muna" tapi dia guna nama lily sebab dia suka nama tuh, heheheh. so, aku terasa, terabadi plak laa nick aku itu. sekarang2 nih kalo aku online pun, aku dah tak guna nick tuh dah. so, bio ah aku abadikan dalam blog aku nih jer kisah ini
aku katakan pada dia, nanti pelan2 aku akan faded jugak dalam hidup dia. dia bangkang aku keras2. kata dia, dia bukan jenis yang lupa kawan. aku senyum jer baca sms itu. aku sudah lebih lama hidup berbanding dia. aku yang berumur 24 pun mungkin pernah berfikir demikian. tapi aku more realistic sekarang
dia kata nak tunang bulan 8 nih. aku kata, aku doakan dia bahagia n skali skala tuh doakanla aku bahagia gak. kata dia, memang dia slalu doakan. dia pun nak kengkawan dia bahagia gak. lalu dia katakan pada aku jugak, sabarla. nanti aku akan jumpa gak soulmate yang memang diciptakan tuhan, pasangan aku. hehehhe, mekacih. walau dah dengar/baca beribu kali sampai dah hampir takde kesan, tapi tetap menyentuh perasaan aku
malam tuh aku menangis. menangis tanpa suara sebab sue dah nyenyak tido kat sebelah. takut dia terjaga. seksanya laa nak nangis senyap2. basah bantal aku. aku kesat ngan towel, basah plak towel aku. air mata aku dah jadik cam empangan yang pecah. bila aku tengok dalam cermin, mata aku merah n bengkak. tapi aku still takleh stop. air mata terus mengalir laju jer. dan aku mengadu kepada seseorang, dan aku terima kata2 comfort "sabarla, nanti dia baliklaa.."
nanti? mudah2an dalam jangka masa terdekat. ari nih pun dah masuk topik gaduh dah ngan my dearest bila dia tekankan dia pentingkan career. aku kata, aku fahamlaaa. kan aku dah cakap sekali kat dia "baliklaa.." kalo still takle make it, aku maybe tak faham 100%, aku maybe tak puas ati, tapi aku terima keputusan dia, hmmmm
okayla, nak g balik, mandi n change. nak poya2 plak. hahahhaha, baru cter pasal nangis2 bleh akhiri ngan aktiviti poya2 plak. i once read somewhere, "the less deserver people to be loved, needs to be loved most" (ini takder kaitan pun nih nih, sajer nak tyupe, hahahah) and satu agik "slalunya orang yang happy2 nih, diala paling sedih kat dalam, dia cover sedih dia ngan menunjukkan luaran happy2" errr, benonya, takla gaks explain me. aku nih complicated. baca cter jiwang pon nangis, hahahha. maybe sama cam dikatakan oleh sam soon tuh "saya menangis bukan kerana saya masih cintakan dia, tapi saya nangis sebab pk dah takder cinta sejati dah dalam dunia nih.."
until then, jumpa korang dilain masa. saya akan bercuti sampai selasa. until then, take care, daaaaa
|