19/12/2005
-
Sajak Kiriman Sahabat
|
Sebuah sajak yang telah dipersembahkan dalam program Malam Kebudayaan Melayu Kolej Kediaman Za´ba; BEROTAK MELAYU ATAUPUN MAHU MELAYU BEROTAK? (Noridah Ramli Universiti Malaya) kata Za´ba, melayu bukannya malas tapi kurang rajin, melayu bukannya bodoh tapi kurang pandai, melayu bukannya layu tapi kurang segar, melayu bukannya mundur tapi kurang maju, yang baiknya melayu kaya bahasanya, yang baiknya melayu maju budayanya, yang baiknya melayu sikap pemurahnya, yang baiknya melayu mewarisi adatnya, kata Tun Mahathir, melayu mudah lupa, yang melayu tidak lupa hartanya, yang melayu lupa usianya, yang melayu lupa wasiatnya, yang melayu lupa saudaranya, seingat melayu darjatnya, seingat melayu indah rupanya, melayu lupa sejarahnya, yang baiknya melayu kaya bahasanya, yang baiknya melayu maju budaya, yang baiknya melayu sikap pemurahnya, yang baiknya melayu mewarisi adatnya, kata Hang Tuah, tak kan melayu hilang di dunia, justeru melayu hilang tanahnya, melayu hilang namanya, melayu hilang moralnya, yang baiknya melayu kaya bahasanya, yang baiknya melayu maju budaya, yang baiknya melayu sikap pemurah, yang baiknya melayu mewarisi adatnya, berotak melayu atau mahu melayu berotak? Kata cendiakawan, Keistimewaan seekor burung terletak pada sayapnya, Keistimewaan seekor gajah pada kekuatannya, Dan keistimewaan seorang manusia terletak pada akalnya, Melayu a laf baru melayu bangkit menuju ke era siber, Melayu meneroka ke angkasa lepas, Sesungguhnya adalah melayu berotak. from Zabariah Zakaria |
| tulis komentar! :: kirim ke teman! |
Share and enjoy






































